//Forever Imperfect
suka benci kamu - bab 1

Sunday, February 12, 2012 @ 8:18 PM | 0 Comment [s]


Mira Elyana

Hatiku hatimu menjadi satu cinta,                       
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku,
Tapi cinta bukan milik kita,
Semua harus berakhir….

Cinta kau dan aku,
Takkan mungkin bersatu,
Untuk saat ini,
Di dunia ini….

Mungkin kita bersama,
Nanti di atas sana,
Biar ku setia,
Menjaga cintamu….
Selamanya….

Tapi cinta bukan milik kita,
Semua harus berakhir....

                “Huuhhh..” Mira Elyana mengeluh untuk yang kesekian kalinya. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja air mata lesu mengalir di pelupuk matanya. Rambut lurus paras bahu dibiarkan lepas ditiup sang bayu.  Sudah penat dia menanggung rindu.  Terlalu berat bebanan yang terpaksa digalas Mira Elyana dalam usia yang masih muda.  Ingatan pada arwah Fareez Irashyll tunang Mira Elyana masih segar diingatannya.  Bait-bait lagu dicorong radio dihayati satu persatu.

                Perkenalan yang tidak disengajakan semasa di alam persekolahan membuahkan bibit-bibit percintaan antara Mira Elyana dan Fareez Irashyll.  Mira Elyana tersenyum seorang diri mengingati perkenalan mereka.  Bermula sebagai musuh dan berakhir menjadi tunangan Fareez Irashyll tapi sayang jodoh mereka tidak panjang.  Fareez terlibat dalam kemalangan ngeri di lebuh raya dan meninggal di tempat kejadian.

Zafrina Aqilla
                “Yana oo Yana..!!” panggilan Zafrina Aqilla mematikan lamunan Mira Elyana. Cepat-cepat Mira Elyana menyeka air mata dan berpura-pura tersenyum memandang sahabat baiknya sejak kecil itu.  Ya, hanya Zafrina lah sahabat yang dia ada kerana perangai panas baran dan bermulut celuparnya itu membuatkan orang lain tidak tahan untuk bersahabat dengannya.  Pada mulanya Zafrina juga seperti rakan-rakan yang lain, tidak tahan dengan peragai Mira Elyana.  Tapi disebabkan mereka tinggal sebumbung, disabarkan juga hatinya dan akhirnya dia boleh menerima segala kekurangan Mira Elyana dan mengangap Mira Elyana seperti adiknya sendiri.

                “Oii minah, kat sini kau rupanya!! puas aku tunggu kau dekat café. Kata nak dinner sama-sama. Sengal la pompan nih!!” Mira Elyana yang baru tersedar mengenai janjinya hanya tersengih seperti kerang busuk.  Dia sedar salahnya kerana terlalu asyik melayan lagu yang berkumandang di radio tersebut.  Cepat-cepat dia mematikan suis radio dan menyambar tudung yang tersangkut di dinding bilik.

                “Alah.. aku lupe la Rin. Aku nak tutup radio tadi, last-last terkeluar lagu aku pulak. Tu yang aku layan sekejap hehe. Sorry ye kawan. Bucuk-bucuk”

                “Oii! aku baru mandi ea. Wangi tau. Dah jom turun. Aku lapar lepas tu dinner ni kau belanja aku. Denda!”

                “Aik? itu pun kene dende ke?”

                “Tak pun aku dende kau benda lain nak?”

                “Ok ok. Baik Cik Puan saya yang menurut perintah”

                Zafrina Aqilla tersenyum puas.  Dia tahu kemenangan akan berpihak kepadanya kerana itulah acapkali yang terjadi.  Dia tidak suka menunggu kerana baginya menunggu itu satu penyiksaan dan Mira Elyana tahu itu.  Sesiapa yang lewat akan didenda. 


*******


                “Aku bengang betul lah dengan mak cik bawang merah tu!! suka-suka hati dia je tukar oder aku dengan benda lain.  Aku dah la teringin sangat nak makan nasik goreng ayam. Tiba-tiba jadik nasi ayam. Sengal ubi betul la! ubi pun belum tentu sengal macam dia”  amuk Mira Elyana.

                “Sudah-sudah la tu nenek kebayan oii! Aku dah tak larat nak dengar kau membebel dari tadi.  Makan jela apa yang ada ni nenek oii! tak baik la marah-marah depan rezeki.  Tuhan marah tau nanti nasi tu merajuk macam mana? kau jugak yang susah, kebulur baru tahu”

                “Eh, suka-suka kata aku nenek kebayan, aku tumbuk kau nanti nak?” ugut Mira Elyana.

                “Tengok tu, kita nasihat dia bukan nak dengar.  Marah kita lagi ada la.  Siap nak tumbuk lagi.  Ingat aku punch bag apa? Merajuk lah macam ni” Zafrina Aqilla mula berkira-kira untuk meninggalkan Mira Elyana.  Sengaja mahu merajuk. 

                “Mengada lah kau ni..” baru sahaja Mira Elyana berpaling untuk memandang wajah Zafrina Aqilla, dia terasa bajunya habis basah.  Lencun dengan air sirap.  Menyirap darah Mira Elyana.  Merah muka Mira Elyana menahan marah seperti air sirap yang tertumpah dibaju sekolahnya.

                “What the…. kau ni buta ke hape hah?! habis baju sekolah aku ni oii!”

                “Sorry, sorry.  Saya tak sengaja” lelaki yang menumpahkan air di baju sekolah Mira Elyana gugup.  Terkejut dengan jerkahan Mira Elyana juga dengan tindakan berani Mira Elyana yang cuba untuk memukulnya tapi sempat ditahan oleh seorang gadis lain.

                “Eh Yana.. sabar, sabar.  Calm down.  Bende boleh settle elok-elokkan” nasib baik Zafrina Aqilla sempat menahan tangan Mira Elyana yang tangkas untuk memukul lelaki di hadapannya itu.  Mira Elyana memang begitu, cepat sahaja tangannya naik untuk memukul orang.  Bukan dia peduli lawannya itu lelaki atau perempuan, yang dia tahu hatinya puas.

                “Banyak lah kau punya sabar Rin! tengok apa yang dia dah buat dekat baju aku ni? malu la aku nak masuk kelas nanti!” amarah Mira Elyana masih belum reda.  Lelaki dihadapannya itu kelihatan terkulat-kulat.  Kelu lidah untuk berkata-kata.  Masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.  Pelajar-pelajar lain sudah mula memandang kekecohan yang berlaku.  Tertarik dengan drama yang berlaku.  Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, tidak kurang juga ada yang tersengih-sengih melihat baju Mira Elyana yang lencun berwarna merah.

                “Ya, aku tahu.  Jom aku teman kau pergi tandas, kita bersihkan baju kau ni” Zafrina Aqilla cuba untuk menjernihkan keadaan.

                “Erk.. awak, saya minta maaf.  Ni sapu tangan untuk awak” lelaki tadi cuba untuk membetulkan kesilapan yang dia telah lakukan. 

                “Hish! tak payah nak bersapu sapu tangan lah! kau ni gegurl ke bawak sapu tangan pergi sekolah?” jerkah Mira Elyana

                “Yana, ambil jela orang dah bagi tu.  Terima kasih awak, kami pergi dulu ya” lantas Zafrina menarik tangan Mira Elyana untuk ke tandas.  Mulut Mira Elyana masih seperti tadi, tidak berhenti untuk meluahkan perasaan amarahnya itu.  Selagi hatinya belum puas, selagi itulah dia akan memuntahkan segala isi hatinya.  Zafrina Aqilla hanya memekakkan telinga sambil membersihkan baju Mira Elyana. 

                “Yang kau bela mamat tutt tu kenapa?” Zafrina Aqilla hanya menggelengkan kepala lalu tersenyum kepada Mira Elyana apabila diajukan soalan tersebut.  “Yang kau tersengih ni kenapa? hati aku sakit tahu?”

                “Ya, aku tahu tu.  Dah tu kau nak aku buat apa? kau tahu tak ramai yang tengok drama sebabak lakonan kau tadi? kira ok what aku selamatkan kau.  Besides, lelaki tadi dah macam apa ntah aku tengok muka dia.  Terkebil-kebil dengan spec besar dia tu.  Kesian budak nerd tu.  Kau tak kasihan ke dekat dia Mira?” Mira Elyana membuat muka meluat sambil menjeling Zafrina Aqilla.  Tergelak kecil Zafrina dengan gaya Mira Elyana.  Dia tahu marah Mira Elyana masih belum reda.




Older Post | Newer Post
Ze Author

Hello there! officially named Nor Dyana bt Mohamad Zaini, Student :)

engaged, single

Dream Believe and Make it Real! InsyaAllah


Navigations!

Diary About Stuff


Let's Talk!

Ask me anything, then I will answered it :)