//Forever Imperfect
Suka Benci Kamu (Prolog)

Monday, November 21, 2011 @ 9:19 PM | 0 Comment [s]

                Pucat wajah Mira Elyana apabila melihat Aniq Iskandar sudah berdiri di luar rumah sambil memegang gitar.  Kelihatan beberapa orang jiran sudah mula memandang mengikut arah tingkap rumah masing-masing tidak ketinggalan juga ada yang keluar rumah untuk melihat bunyi bising yang datangnya dari arah rumah Mira Elyana.

“kini baru ku sedari,
Selama ini kau ku sayangi andai,
Bukan itu hakikatnya,
Mengapa rindu yang ku rasa,
Mungkin tiada ku fahami,
Tidak dapat ku nafikan lagi,
Beban rahsia kian membakar diri…

Ikhlas ku nyatakan,
Kau yang ku sayangi,
Kau yang ku cintai,
Walau tak mampu ku miliki,

Ingin ku luahkan,
Mungkin satu hari,
Kan terbuka pintu hati,
Dapat kau terima,
Diri ku akhirnya..”

                Melopong mulut Mira Elyana dengan tindakan berani Aniq Iskandar yang menyanyi sambil bermain gitar. Dalam waktu yang sama, Mira Elyana akui yang tindakan berani Aniq Iskandar agak mengejutkannya. Suara serak-serak basah Aniq Iskandar membuatkan hati Mira Elyana tersentuh tapi cepat-cepat diusir jauh.  Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.  Kasihnya pada Fareez Irashyll amat tebal.  Kehilangan Fareez Irashyll yang dirasakan oleh Mira Elyana membuatkan dia serik untuk bercinta lagi.
               
                “Erk.. kau ni gila ke mat?? Apsal buat bising depan rumah anak dara orang?? Tak malu ke jiran tengok?? tu tu tu!! semua orang tengok kita lah sengal!” luah Mira Elyana tak puas hati kepada Aniq Iskandar sambil menunding jari ke arah  jiran-jiran yang memandang ke arah mereka.  Sebal hati Mira Elyana.  Malu dengan perbuatan Aniq Iskandar dan dalam masa yang sama dia rasakan seperti mukanya panas bagaikan ada bara api yang dicampakkan ke mukanya apabila ada anak-anak muda yang bersiul-siul melihat drama percuma mereka.

                “Saya sanggup tunggu awak walau seribu tahun pun lagi Mira. Saya ikhlas hendak berkawan dengan awak. Bukalah pintu hati awak untuk saya. Berilah peluang kepada saya untuk membuktikan yang saya tak sama macam lelaki lain” Aniq Iskandar meluahkan perasaannya kepada Mira Elyana.  Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang mereka.  Biarkan.  Aniq ikhlas meluahkan apa yang terpendam.  Sehingga hari ini, inilah kali pertama dia berani untuk meluahkan apa yang terpendam.  Dia tidak mahu kehilangan Mira Elyana.

                Mira Elyana membuat muka seposen. Tiada tindak balas. Dia terus menutup pintu rumah dan memadamkan suis lampu ruang tamu. Riak kehampaan jelas terpancar di wajah Aniq Iskandar. Keras sungguh hatimu wahai Mira Elyana. Mira oh Mira.


*******


                “Kau serius dia buat macam tu dekat depan rumah kita?” terkejut beruk Zafrina Aqilla apabila diberitahu oleh Mira Elyana kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.  Zafrina Aqilla hanya ketawa didalam hati.  Tidak terluah tawanya, takut didengari Mira Elyana.  Merajuk pula dia nanti.
               
                “Gila tak serius. Terkejut gorilla aku dibuatnya. Kenapa la semua ni nak terjadi masa aku tengah duduk sorang-sorang dekat rumah tu ea? Nasib aku tak pengsan. Kalau tak, siapa yang nak bawak aku pergi hospital?huhu”

                Zafrina Aqilla sudah ketawa kecil dihujung talian. Tawanya sudah tidak dapat dibendung lagi.  Ada ke terkejut gorilla? Zafrina Aqilla sudah menggaru kepala yang tidak gatal itu. Haish Yana.. Yana.. suka-suka buat peribahasa sendiri. Serabut aku.

                “Kau tak payah menggedik nak pengsan-pengsan pulak ea. Kalau kau pengsan pun, cik abang sayang kan ada. Untung la ada orang boleh gendong orang tu pergi hospital” meledak ketawa Zafrina Aqilla dihujung talian.  Makin lama, makin kuat tawa Zafrina Aqilla.  Dia terbayangkan bagaimanalah rupa Mira Elyana apabila digendong oleh Aniq Iskandar.  Hatinya bagai digeletek-geletek dengan angannya sendiri.

                “Minah senget!! siap kau balik rumah nanti aku kerjakan. Wekk!!” terus talian dimatikan oleh Mira Elyana. Geram diperlakukan begitu oleh Zafrina Aqilla. Zafrina Aqilla hanya tersenyum melihat kelatah rakannya. Ahh bukan aku tak biasa getus hatinya.

                Mira Elyana mengepal-ngepalkan penumbuknya lalu menumbuk bantal dihadapannya.  Hatinya masih sakit dengan perbuatan Aniq Iskandar yang memalukannya ditambah pula dengan ejekkan dari Zafrina Aqilla.  Habis berselerak bilik tidur Mira Elyana.  Ahh persetankan, biar Rin yang kemas.  Siapa suruh dia sakitkan hati aku bisik hati Mira Elyana.


*******


                Aniq Iskandar tersandar lesu di kepala katil. Dia tersenyum hambar. Bagai tidak percaya yang dia mempunyai kekuatan untuk melakukan perkara diluar jangkaannya sendiri. Aniq Iskandar seorang lelaki yang berjiwa kental, keras, hard core boleh bertukar menjadi jiwang dalam sekelip mata. Apa yang hebat sangat tentang kau ni Mira Elyana desis hati Aniq Iskandar.

                “Ahh persetankan, janji aku sudah luahkan apa yang tersirat di hati aku sudah. Lantak lah kau nak fikir apa pun tapi… aduh malu betul la aku dengan diri sendiri. Apa pulak yang Mira fikir pasal aku nanti? Mesti dia ingat aku ni jenis yang jiwang karat punya orang” omel Aniq Iskandar kepada diri sendiri bingkas bangun untuk mandi. 

Labels:



Older Post | Newer Post
Ze Author

Hello there! officially named Nor Dyana bt Mohamad Zaini, Student :)

engaged, single

Dream Believe and Make it Real! InsyaAllah


Navigations!

Diary About Stuff


Let's Talk!

Ask me anything, then I will answered it :)